Monday, August 31, 2015

SAMAK RUMAH NONMUSLIM

Soalan

1. Jika kita beli rumah dr org cina. Perlu ke samak satu rumah? Dikhuatiri tuan rmh bela anjing

2. Jika rmh cina tu ada tmpt penyembahan berhala, adakah haram jika tak hapuskan tmpt itu.. Jika dihapus dikhuatiri memudaratkan diri (takut ada benda halus yg menjaga)

Soalan dari Engr. Fauzi
1. Jika kita beli rumah dr org cina. Perlu ke samak satu rumah? Dikhuatiri tuan rmh bela anjing
2. Jika rmh cina tu ada tmpt penyembahan berhala, adakah haram jika tak hapuskan tmpt itu.. Jika dihapus dikhuatiri memudaratkan diri (takut ada benda halus yg menjaga)

Jawapan 1 ; tak perlu samak/sertu rumah jika tidak yakin (dikhuatiri) tuan rumah dahulu pelihara anjing. Berdalilkan hadis           ???? ??? ????????? ????? ??? ??? ?????????
Tinggalkan apa yang meragukanmu menuju pada apa yang tidak meragukanmu (HR Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasa?i, ad-Darimi, Ibn Hibban, al-Hakim dan Ibn Khuzaimah)
Jawapan 2 ; wajib hapuskan tempat sembahan selain Allah di bawah kuasa kita berdalilkan hadis
Nabi pernah memerintah Ali Bin Abi Talib RA untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya ada binaan. Baginda berpesan kepada beliau: ?Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur yang ditinggikan melainkan kamu meratakannya.? (HR Muslim)
Tambahan ;
tidak perlu takut dengan hantu, kita ada pelindungnya.  Pendinding rumah Nabi dah ajar kepada kita.
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :
? Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan ?
 At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
[22-8 12:02 PG] ?+60 11-1940 4803?: Owh.. Sbb kdg tmpt2 penyembahan org cina ada 'benda'.. Dikhuatiri 'benda' tu memudaratkan atas diri kita yg xbrapa kuat ni.. Atau mungkin perlu pggil ustaz yg pakar utk hapuskan?
[22-8 12:05 PG] abu harith: panggil ustaz, pah tu ustaz balik hatu mari pulok gak...
kitalah yg buat, baru Allah lindungkan kita dimana sahaja kita duduk..
nk bayo ustaz duit lg
[22-8 12:06 PG] ?+60 11-1940 4803?: ?????? terima kasih atas pencerahan
[22-8 12:07 PG] abu harith: samasamasama