Saturday, August 29, 2015

contoh fardu ain dan fardu kifayah

SOALAN ; 

[29-8 10:49 PG] ?+60 13-988 7026?: K..dlm dh terrr"join" arinie nie..koi nk nanye atas yg reti dn tahu yek..
Mane yg dikatekn tahap fardhuain dn fardhu kifayah dlm ape jugek disiplin ilmu syarak atas muslim yg mukallaf..???
[29-8 11:17 PG] ?+60 13-988 7026?: ??Sbelom tu mintok pencerahan kalo boley bserte dgn bawok dtg Dalil apekah dlm islam ade yg Fardhuain atau fardhuKifayah????


JAWAPAN 

Fardu ain = wajib kepada setiap orang
Fardu kifayah = wajib kepada semua orang tetapi bila ada yg buat gugurlah kewajipan pd yg lain.
Itu mungkin semua org dah tahu. Us li nanya ada dalil ke tidak? Ulama mengkaji drpd dalil2 maka mereka yg simpulkan bahawa wajib itu terbahagi dua. Dalil secara jelas tidak ada nabi kata bahawa fardu itu terbahagi dua. Cuma ulama buat kesimpulan di atas seluruh nas yang berbentuk suruhan / amar maka mereka menetapkan suruhan itu ada yang berbentuk sunat dan ada yang berbentuk wajib. Begitu juga suruhan / amar ada yang wajib dibuat oleh setiap individu dan ada yang wajib dibuat oleh seluruh umat. Sebagai contoh ; ayat ‘ suurah Muhammad 19 فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ maka hendak engkau tahu bahawa tiada tuhan yang layak disembah kecuali dia. Suruhan ini adalah wajib, maka ulama tetapkan. Wajib ada ilmu tentang tuhan itu fardu ain bukan fardu kifayah.
Sedangkan ayat ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر)آل عمران:104
‘hendaklah sebahagian kamu menjadi umat yg menyeru kpd……..’ perkataan “minkum’ itu difahami sebagai ‘sebahagian kamu’ oleh ulama2. Maka ulama berpendapat adalah menjadi fardu kifayah menjadi penyeru kebaikan dan menegah kemungkaran.
Sebagaimana kata imam ahmad
قال الإمام أحمد رضي الله عنه : "الغزو واجب على الناس كلهم ، فإذا غزا بعضهم أجزأ عنهم" انتهى . انتهى من شرح "الكوكب المنير" (1/173) .
Berperang adalah wajib ke atas seluruh manusia, apabila sebahagian berperang maka sudah memada.
Begitu juga kata ibn qudamah ; وقال ابن قدامة رحمه الله : "والجهاد من فروض الكفايات , في قول عامة أهل العلم . " انتهى من "المغني" (9/162)
“Jihad setengah drpd fardu kifayah pada umum perkataan ahli ilmu… “


Kemudian berkenaan tahap fardu ain dan fardu kifayah dalam setiap ilmu-ilmu syariat ;

Kata ibn abdilbar
ابن عبد البر رحمه الله: (أجمع العلماء أن من العلم ما هو فرض متعين على كل امرئ في خاصته بنفسه، ومنه ما هو فرض على الكفاية، إذا قام به قائم سقط فرضه على أهل ذلك الموضع)  (2) .
“ijma ulama bahawa, ilmu itu ada fardu ain ke atas setiap orang..dan ilmu itu ada fardu kifayah…”
Contoh di dalam ilmu tauhid, ada yang fardu ain dan ada yang fardu kifayah. Mengethui secara mujmal (keseluruhan) tentang sifat Allah adalah fardu ain. Belajr untuk memahami setiap dalil-dalil  berkaitan sifat-sifat Allah, memahami perbezaan pendapat dalam masalah tauhid pd masalah yang rumit-rumit itu adalah fardu kifayah.
Contoh masalah feqah, fardu ain belajar bab solat, sebab semua orang kena solat. Fardu kifayah belajar muamalat (perniagaan) sebab bukan semua orang terlibat dlm perniagaan.

-----------------------------à> sekian apa yang saya tahu. Orang lain saya x tahu?